Malam tadi tengok cerita The Kardashians.
Then, ada satu episode ni, Rob Kardashian was caught up sleeping with his blinkie.
Untuk yang tak tau, blinkie is your blanket zaman2 hingus tengah meleleh yang selalu kita
usung ke hulu ke hilir + nangis sama-sama + kalau hilang rasa nak bunuh diri tu.
Aq tak tau lah korang ada ke tak benda alah nama blinkie ni.
Tapi seriously, aq takde.
Tak main lah blinkie thingy ni.
Aq cuma layan bantal busuk+teddy bear je*oke.sorok.muke!*.
Kalau bantal busuk+teddy bear, confirm ramai yang ada time kecik2 dulu, kan?*sila ngaku!*
Classmate aq kat TGB dulu, Fit, bagitau aq n Arifah yang Paan*bdk.plg.bising.dlm.kls* ada satu toy yang dy selalu bawak tidur.
Betul ke tak tu aq tak berani nak komen lah.
Tapi aq tak rasa benda ni embarassing sebab normal lah kalau rasa nak hugging2 dengan teddy bear time tidur, kan?
Tak kan nak peluk member sebelah katil.
Macam mintak penampar+sepakterajang je lah.
Apa yang aq boleh ingat lah, first sekali yang jadi 'blinkie' terhormat aq is a bantal busuk gold-coloured yang kain dy licin.
Handmade. By nenek maternal aq. Time tu maybe aq dalam umur 4 tahun kot.
Aq serious sayang gila kat bantal busuk tu sampai nak pergi main kat rumah member pun aq angkut sekali benda alah tu.
Then, ada lah satu hari ni, macam biasa aq pergi main kat rumah member, bawak lah sekali 'blinkie' aq ni.
Tiba-tiba je hujan. Aq pun kelam-kabut lah lari balik rumah.
Alkisahnya, tertinggal lah pulak 'blinkie' aq ni coz kelam-kabut sangat.
Bila aq balik je, baru teringat. Aq dah rasa nk keluar cari balik 'blinkie' aq time tu jugak dah. Tapi hujan lagi. So, lepas je hujan reda sikit, aq terus pergi tempat aq main tadi cari my 'blinkie'.
Serious cuak gila. Coz tak jumpa2.
Balik je, aq dah buat drama air mata kat nenek aq.
Lepas je 'blankie' aq hilang, aq dah tak main dah pakai bantalbusuk2 ni.
Lepas ni, main soft toys pulak.
Soft Toy 1st : The Koala Bear.
Koala Bear ni aq beli time pergi vacation. Berpeluh-peluh pujuk parents aq nak soft toy. Last2 dapat lah jugak. Mula2 Pak Cik Koala ni pakai topi yang ada daun selit2 kat topi tu. Tapi aq memang tension betul dengan daun tu. Last2 dengan topi2 sekali aq gunting pastu aq buang dari Pak Cik Koala.
Clean n clear.
Soft Toy 2nd : Kakak powerpuff Girls.
Kakak Powerpuff Girls ni pun aq dapat time kat vacation yang sama dengan Pak Cik Koala.
Time tu, Auntie Mona bawak aq dengan siblings aq pergi satu arcade ni.
The Zone.
Arcade ni tak main guna token. Dy main guna Point Card.
Selagi tak habis points dalam card, selagi tu kiteorang belasah main sampai semput2.
Then, aq pun first time lah nak try The Claw*toys.vending.machine*.
First trial je, aq terus dapat Kakak Blossom ni.
Aq pun apa lagi, terus jadi the-jakun-girl-from-kampung-nearby.
Main benda alah tu semata-mata. Games lain tak usik langsung.
And, sah lah, Kakak Blossom tu memang beginner's luck semata-mata, bukan sebab aq yang terer*uhuk2*. Coz Kakak Blossom je yang aq dapat dari The Claw*sedih*
.
Soft Toy 3rd : Teddy Bear.
*Memory.Cik Ted dengan Abang Mickey*
Cik Ted ni aq dapat as birthday present. Member baik aq time 6th grade kasi. Aina.
Tapi ada cerita sedih sikit lah nak story-telling ni pasal Cik Ted.
Coz dy kena culik time dy duduk kat TGB.
Time tu aq Form 4 lagi n ada camp PKBM.
Budak2 MRSM Kuala Kubu Baru*boys* stay kat bilik aq time tu coz ada sukan MRSM Se-Malaysia.
Aq dah mangga baik punya locker aq time tu.
Budak2 ni lah pergi kopak locker aq n curi semua harta karun dalam tu.
Yang buat larva aq meletup, siap ada satu mangkuk penuh stub*puntung* cigars lagi bawah katil aq.
Soft Toy 4th : Mickey Mouse Clubhouse!
Eh2...
Bukan Mickey Mouse Clubhouse, oke. Tapi Abang Mickey.
Abang Mickey ni aq dapat not on my request.
Time kteorang 1 famili nak balik Johor, Bak tiba-tiba berhenti kat Ayer Hitam yang ada jual banyak2 toys tu.
Bak : Pilih sorang satu*pointing kat toys kat situ*
Kiteorang : Huh?! Serius? *mke.shock*.
Kteorang pun apa lagi, ber hooray sakan lah*dlm hati jela*.
So, aq pun pilih lah Abang Mickey ni.
Soft Toy 5th : The Creepy Gajah.
Ni beli kat IKEA. Serious aq sayang gila kat Atok Gajah ni. Coz antara banyak2 soft toys aq, Atok Gajah lah paling sedap main hugging2. Time aq beli ni, school era dah nak habis dah. Aq simpan Atok Gajah kat TGB sampai habis sekolah. Ramai yang pelik asal aq pilih 'gajah'. Siap ada yang meng 'offer' kritikan2 bernas mereka pasal Atok Gajah.
Pengkritik 1 : Eeii geli lah tengok trunk gajah ni.
Pengkritik 2 : Creepy seh mata dy.
Pengkritik 3 : Lembik nya badan dy.
Sebenarnya kat IKEA tu, ada 3 choices je. Si Balqis dah ambik kanggaru. Tinggal gajah dengan shark je. Tapi sebab gajah nampak lagi besar, aq pun pilih lah Atok Gajah ni. And tak nyesal sikit pun coz memang Atok Gajah lagi best hugging2 daripada Mak Cik Kanggaru yang Si Balqis punya. And walaupun dikritik dengan hebat mengalahkan Simon*judge American Idol*, ada juga makhluk2 Allah yang suka curi Atok Gajah ni time aq takde. Bila aq cari kat bilik suspek kejadian, aq tengok makhluk Allah ni tengah tidur dengan bahagia bersama Atok Gajah. Atok Gajah lagi famous dari aq rupanya.










0 comments:
Post a Comment