Buang tebiat?!


Genre : Fact + serius + kebenaran.

Huh?!
Buang tebiat?!
Bukan buang tebiat lah.
Tapi cuma nak cerita tabiat manusia+aq sehari-harian.
Apa tabiat yang tak boleh tinggalkan kalau tengah buat something. Orang kata macam irama dan lagu, kalau dipisahkan, confirm tak boleh buat album. Semua manusia ada tabiat masing-masing.
Contoh beberapa tabiat yang biasanya dibuat oleh makhluk Allah yang dipanggil manusia.



Tabiat 1 : Membaca time natural call.

Ada manusia kata tabiat ni buruk. Tapi ada yang kata baik baca something daripada buang masa sementara jawab natural call yang big big tu*shitting.lah*. Ada yang kata, kalau takde something nak baca, rasa macam taknak keluar je benda alah tu. Haha. Apa punya manusia daa. Kalau lelaki biasanya baca newspaper or komik. Girls biasanya novel.
Ye ke?
Korang rasa?


Tabiat 2 : Study sambil dengar lagu.

Tabiat ni memang selalu nampak time aq duduk TGB. Lagi2 nak SPM. Aq pun tak tau lah diorang baca buku tu masuk ke tak. Ada ceramah yang aq attend kat TGB, Abang Bad tu kata manusia yang dengar lagu time study ni kebanyakan benda yang diorang baca tak masuk sebab otak dah split*jgn mati lagi!* untuk fokus kepada dua benda at one time, baca n dengar. Kalau aq, tak payah kata part dengar lagu je, kalau manusia cakap sikit je pun aq dah tak boleh fokus 100% kat benda yang aq baca. Lagi2 kalau kucing2 kat blok aq tu start gaduh or mengawan. Bising betul. Sebab tu aq selalu study hari Sabtu Ahad time manusia selalu tidur tengah hari sampai ke petang tu. Sebab time tu memang senyap ala-ala kat tanah perkuburan. Tapi betullah lain manusia lain cara, sebab Nurul Amalina yang dapat 17A1 tu boleh je success even dy study sambil dengar lagu. Kan, kan?


Tabiat 3 : Gelak luarbiasa.

Standard lah manusia gelak luar alam tu kan. Gelak ala-ala makcik-rambutpanjang-selalu-pakai-bajuputih tu pun biasa dah dengar. Gelak tergolek2 sampai jatuh katil pun ada jugak. Gelak menggedix sampai geli bulu ketiak dengar pun normal. Tapi kalau gelak sampai keluar bunyi binatang kaler pic yang haram dimakan tu memang agak luarbiasa lah. Kalau dengar je ada manusia gelak macam tu, confirm aq pandang makhluk ALLAH tu sambil buat dah-takde-benda-lain-nak-bela-ke-dlm-voice-box-kau-tu look.


Tabiat 4 : Calling2 dengan aweks/balaks sambil guling2.

Korang biasa buat ke?
Aq tak pernah*muke.honest.gile*.
Serious aq tak paham kenapa bila ada manusia yang call mata air diorang je mesti nak cakap sambil guling2 macam tak cukup tanah. Dah jadi macam Kajol dengan Shah Rukh Khan main guling2 kat taman dalam cerita Bollywood dah.
Kalau korang pernah mengalami situasi ni, sila komen di ShoutMix box aq dan kemukan alasan2 munasabah kenapa korang selalu buat macam tu.
Best sangat ke?!


Tabiat 5 : Buat something untuk tidur.

Yang ni confirm boleh jumpa macam2 style yang manusia selalu buat kalau nak lelap mata.
Ada yang termenung dulu sampai lah tak sedar dah tidur, ada yang kena kira kambing dulu, kena dengar bedtime story dulu, kena peluk bantal busuk dulu, kena bukak kipas angin volume 5 dulu, kena minum susu panas dulu n macam2 lah lagi. Kalau aq, aq kena pakai sweater n selimut atau socks n baca lah semua prayers yang aq ingat sampai aq tak sedar aq dah tertidur*bajet baik jep*.
Korang pulak?


Tabiat 6 : Bila mata-mata semua tengah pandang kita.

Ada yang suka berlagak cool*tpi xcool mane pn*, ada jugak yang suka gosok hidung, ada yang mata pandang ceiling, ada yang start buat benda pelik a.k.a capub yang boleh attract attention orang, ada yang suka ketuk2 meja, ada yang suka kunyah chewing gum, ada yang time orang tengah pandang lah nak jadi benda2 sengal. Contoh, jatuh lah, tersepak benda lah, terkentut lah, seluar terkoyak lah. Macam2 hal lah. Tapi ni bukan tabiat kot, ni namanya takdir a.k.a malang*huhu*.


Tabiat 7 : Time boring.

Mula2 golek2 atas katil. Boring.
Pergi bukak TV pulak. Takde cerita best.
Main internet lah kejap. Takde orang online.
Kacau adik2. Kena marah dengan mak.
Sepahkan barang mainan. Penat nak kemas balik.
Makan lah pulak. Fridge kosong.
Baik tidur. Mata tak nak pejam.
Apa yang patut aq buat??! Mula jerit sorang2.
Lama-lama. Gila.


Ni lah kerja orang yang tengah boring a.k.a AKU!!







0 comments:

Post a Comment

Suka ini belog?! Kelik sini :