Just like old times....


Memandangkan aq jobless buat masa sekarang, dan setelah di 'sound' beberapa kali oleh bapak aq, aq pun dengan terpaksa hati menyambung tugas adik aq untuk meng 'scan' negative films yang lama2 masuk dalam komp. Sebelum ni, adik aq yang buat benda2 jadah ni semua time aq kat TGB lagi. So, bila aq dah ada kat rumah n dy pn dah start sekolah, aq lah pulak terpaksa memikul tanggungjawab serba berat ni *p/s: ayat skema.rndu nk wat esei!*.






Walaubagaimanapun, setelah diteliti *sbb bosan tngu films tgh kne scan*, aq mendapati bahawa tugas meng 'scan' gambar2 lama ni sebenarnya agak interesting sebab aq dapat mengimbau kembali zaman2 old times dulu. Time2 skrin TV tengah hitam putih lagi *saje bwat dramatik.time nih tv da ade kaler da.huhu*. And aq noticed gambar2 aq time kecik2 dulu agak comel2 belaka. *perah.santan.tatabahasa hancuss*.





Aq suka gambar ni. Holding hands with Along. Rasa sweet sangat. Sebab nampak macam kteowg rapat gile.





Gambar ni time raya tahun 2000. Family aq buat konvoi ramai2 sekali dengan family2 cousins aq pergi Sarang Tiung melawat atuk sedara aq *klu x silap r*. Yang baju2 blue in colour tu my siblings. Yang lain, cousins. Gambar aq yang tengah pejam mata tu *gigi besar*. Kalau pergi sini, confirm kteowg akan serbu buai ni.





Aq yang pakai topi cowboy tu. Kalau zoom sikit kat face aq, mesti boleh nampak gigi aq agak rabbit sikit kan. Just like old time, sampai sekarang gigi aq still rabbit. Huhu.





Ni aq tak ingat la kat mana. Tapi kalau observe betul2, macam dekat dengan airport je. Tah la. Aq saja post pic ni sebab aq rasa time nih bapak aq nampak hensem pulak *haha*. Bukan maksudnya sekarang dah tak hensem *cover line plak*. Don't u worry bak *aq call bapak aq 'bak'*, the memory of your handsomeness will remain in my heart *uhuk2*. And aq rasa time nih aq nampak macam apek boy. Memang dari kecik mata aq sepet kot. Kalau macam amoi kira ok lagi kot. Tapi dah macam apek dah ni. Tapi, not like old times, sekarang ni, macam apek pun tak, macam amoi lagi la jauh Malaysia dari US *peribahasa moden utk jauh panggang dari api.sori atuk nenek, ank cucu suke suki tuka peribahasa*



0 comments:

Post a Comment

Suka ini belog?! Kelik sini :